TERBITAN OKTOBER 2015
Semenanjung : RM25
Sabah/ Sarawak : RM28
(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online di www.penerbitananaasa)
atau email ke ayangkuadinda@gmail.com
_____________________________________________________________________________
“Kenapa aku? Sepatutnya kau yang minta maaf sebab kau cuba nak bunuh aku tadi. Nyaris tak mati katak. Kalau jadi apa-apa dekat aku tadi, belum tentu kotak buruk kau tu mampu nak bayar insurans nyawa aku.” Dania
“Hei, kenapa mulut kau ni jahat sangat ha? Aku tak pernah jumpa perempuan sewel kuat menjawab macam kau ni. Kalau aku tak tarik kau tadi, memang kau dah mati katak. Aku juga yang rugi, sebab kau tak dapat bayar ganti rugi kereta aku. Aku tak nak banyak cakap. Bayar ganti rugi. Sekarang..!!” Lutfi
Dania Wirdani, gadis yang selamba dan pantang dicabar. Selalu ada jawapan bagi setiap persoalan. Manakala Ahmad Lutfi, lelaki yang penuh displin diri. Namun, sikapnya yang angkuh terhadap Dania, membuatkan dirinya digelar Mr. Ego oleh gadis itu.
Benteng hati si gadis seolah sukar dijangka. Dan dalam diam Dania telah mencuri hatinya. Biarpun tidak dizahirkan dengan kata-kata, sebaliknya hati mula dipaut rasa suka. Jiwa terang menari bahagia. Ucapan sayang tidak pernah terungkap, tetapi ikatan suci yang dibina dengan restu keluarga, mula mengalun cinta. Dania sedar dengan siapa dia berkahwin. Dan Lutfi juga tahu, mengapa Dania yang dipilih.
“Awak hanya pentingkan diri sendiri Fi. Sepatutnya saya berfikir sepuluh kali untuk berkahwin dengan lelaki luar biasa macam awak.” Dania
“Cukup..! Memang saya lelaki luar biasa yang awak tak pernah tahu. Semua yang saya pendam, semua yang saya simpan tak mungkin ada hati yang akan faham. Dan antara kita tak perlu ada rahsia lagi Dania.” Lutfi
Kedua-duanya punya prinsip bagi mengatur langkah untuk kehidupan sendiri. Tetapi apabila Dania memiliki Lutfi, bermakna dia adalah seorang isteri. Dan mampukah Lutfi sebagai suami meletakkan ego di tempat yang sepatutnya? Bila hati digari cinta, meluahkan bukan semudah yang disangka. Sebaliknya, hanya keihklasan yang menentukannya.
**********************************************************************
**********************************************************************
TERBITAN ISTIMEWA PESTA BUKU SOGO SEPTEMBER 2016
Semenanjung : RM26
Sabah/ Sarawak : RM29
(Diskauan RM3 Untuk Pembelian Online di www.penerbitananaasa)
atau email ke Cici Aida - ayangkuadinda@gmail.com
_________________________________________________________________________________
Ego! Cengil! Pendendam!
Cukup pakej sifat Ira Harisya. Cantik, manis dan penuh gaya dengan aura memikat. Namun begitu, Ira Harisya benci lelaki yang suka ambil kesempatan pada perempuan cantik sepertinya. Lebih-lebih lagi, lelaki itu Zeid Farhans.
“Saya Cuma tak nak cik jatuh ‘terguling-guling’ sendiri dekat tangga tu.Tumit kasut cik tu, cuba nak malu kan cik. Cuba cik tengok, dah ‘terpatah’ pun. Dan bukan niat saya nak ‘terpeluk’ cik dengan sengaja.” - Hans.
Bengang! Benci! Meluat! Tiga rasa bersatu dalam hati Ira Harisya, bila Farhans bekerja sebagai pemandu peribadi Tan Sri Rashid. Ingat dia hairan sekalipun depan mata dia tu cucu lanun. Silap besarlah. Berani cuba nak dekat-dekat dengan dia memang merasa jadi punching bag.
Tapi tiba-tiba…
“Kenapa kau datang sini, hah? Aku benci tengok muka kau. Kau yang menyebabkan anak aku lumpuh. Keluar!”- Puan Sri Marlia
“Saya akan bertanggungjawab Puan Sri. Saya akan jadikan Ira isteri saya.”- Hans
Berkahwin, bukanlah pilihan terakhir Farhans.Tapi sebagai lelaki yang bertanggungjawab, dia memilih untuk menjaga Ira Harisya. Berbeza dengan Ira Harisya, hanya kesakitan yang dibawa sehingga ke gerbang perkahwinan.
“Gedik. Buang masa aku nak pancing hati Jantan miang macam kau. Gerenti dapat pun aku tak ingin. Sedekah ajelah dekat mana-mana rumah anak yatim, tak pun buat bumper jalan.” – Ira Harisya
Bila keputusan sudah dibuat Tan Sri Rashid, tiada siapa yang mampu membantah termasuk Ira Harisya.
Benci hatinya tidak mampu diungkapkan. Makin terluka bila Farhans menjadi suami. Suami yang tidak dirancang. Namun, bagi Farhans, itulah permatanya. Itulah berlian yang kilauannya sangat mahal. Dia suka Ira Harisya. Selamanya akan suka! Opss…dia sudah terpikat pada cik sombong.
Tetapi…
Ira Harisya.. bila dia kata tak suka, bermakna selamanya dia tak akan suka


No comments:
Post a Comment