Follewers

CERPEN


KOLEKSI CERPEN DARI (CA)



SAYA SAYANG ANAK PAK CIK





“Ni ke rumah mak sedara kau?”
“Haah. Rumah kampung, tapi buruklah sikit.”
Shah jongket kening menoleh Amir disebelah. Dari pemandangan sekitar dia bukan kisah pun. Rumah buruk ke, berhutan rimba ke, semak-samun ke, yang penting dia datang ke situ nak tenangkan fikiran. Jauh dari kesibukan kerja dan masalah yang ada. Cuma… yang satu ini dia kisah. Tak selesa matanya nak memandang dengan betul.
“Buruk aku tak kisah, janji jangan pelik macam tu. Nampak lain macam aje.” muncung Shah sudah jadi penunjuk.
Amir memandang ke depan cermin keretanya. Terlihat senyum Dewi yang saat itu memandang ke arah mereka sama sambil tergoyang-goyang memintal rambut dengan jari. Owh, Dewi adik sepupunya. Bibir mengorak senyum melihat wajah ceria gadis itu.
“Itu anak Mak Teh aku. Dia memang macam tu. Tapi dia ok, tak kacau orang. Kau jangan risaulah.” tersenyum-senyum Amir memberitahu. Faham benar dia dengan reaksi pelik Shah.
“OKU ke?”
Pertanyaan Shah hanya dibalas dengan senyuman. Pintu kereta Amir tolak
membawa batang tubuh sendiri keluar.
“Hai Dewi..” Amir melambai tangan tersenyum memandang.
“Yeahh…! Abang Dewi dan balik, Abang Dewi dah balik…” terkinja-kinja Dewi melambai-lambai tangan depan tangga. Sekali gus helaian daun dilempar sekali dua ke arah Amir.
Shah yang baru saja keluar dari badan kereta, buat muka selamba menengok gelagat dua orang itu.
“Mak…abang dah balik…!” makin terjerit Dewi sambil tersenyum lebar bila Amir membalas sahutannya. Rambut yang ditocang dua dilurut kiri kanan.
Sebaliknya Shah buat muka mengejek. Meluatnya dia tengok perempuan terlampau gedik ni. Dahlah duduk kampung, kuno, memang sesuai sangatlah dengan perangai kampung tu.
“Siapa ni bang? Kawan abang ye?”
“Dah tanya jawab sendiri. Senget.” perlahan Shah menyampuk.
Wajah cepat dipaling ke arah lain bila mata bulat Dewi memandangnya.
“Haah, ini kawan Abang Amir sama kerja. Nama dia, Abang Shah. Cakap hai dekat Abang Shah.” sekilas Amir hala senyum pada Shah.
“Hai, abang Shah…” sambil melambai tangan laju helaian daun yang masih berbaki ditangan dilempar.
“Eh, apa ni?” berkedut muka Shah dengan tangan siap menepis-nepis. Disuruh cakap main baling-baling daun pula.
“Itu bunga rampai, Shah. Tanda hormat dia sambut kita sebagai tetamu.” menahan gelak Amir dengan reaksi balas Shah.
“Cakap je sudahlah. Tak payahlah main baling-baling daun.” rungut Shah sempat mata menjeling melepaskan rasa tidak puas hati. Nasib baik baju dia tak kotor.
Dewi bertepuk tangan sendiri.
“Nama kita Dewi. Nama panjang kita Dewi Erni Qalisha binti Tuan Hj. Jamlus. Mak dengan ayah yang bagi nama tu. Kita anak mak dengan ayah. Dekat rumah ni kita tinggal dengan mak dengan ayah je. Umur kita…..” tiba-tiba Dewi terdiam menggaru kepala.
Tersenyum-senyum Amir mendengar keluhan pendek Shah. Jelas temannya itu tidak berminat mahu mendengar cerita lanjut sepupunya.
“Alah…kita tak ingatlah. Kejap kita tanya mak ye.”
“Eh…” laju Amir menarik lengan Dewi.
“Nak pergi mana?”
“Nak tanya mak kejap. Umur Dewi berapa. Dewi lupalah bang.”
Menggeleng Amir melihat gelagat Dewi.
“Umur Dewikan 23 tahun ni. Kan tak lama lagi hari jadi Dewi. Dewi lupa?”
“Abang tahu?” bulat mata Dewi sesaat.
“Dewikan adik abang. Mestilah abang tahu.”
Bersorak Dewi sambil bertepuk tangan. Seronoknya bila abang sendiri ingat hari jadinya.
Shah buat muka meluat. Apa beza ingat hari jadi dengan umur sendiri? Sama aje. Macam ni punya orang pun ada.
“Abang Amir, Dewi dah tahu umur Dewi berapa. Abang Shah kata umur Dewi 23 tahun. Banyakkan umur Dewi?”
Shah senyum mengejek. Rasa nak dicepuk saja tangan budak perempuan ni. Kalau bercakap tak boleh ke tangan tu duduk diam-diam. Ini tidak, sibuk nak memintal-mintal rambut tu kenapa. Ingat lawa sangat ke? Rambut nenek dia lagi cantik.
“Apa-apa jelah. Sekarang ni badan aku dah letih, melekit lagi. Aku nak mandi. Bilik mandi mana?”
“Eh, kejap-kejap!” pantas Dewi berdiri depan Shah menghalang lelaki itu melangkah.
“Nak mandi mana boleh pakai cermin mata. Nanti basah, kesian…cermin mata Abang Shah.” tajam muncung Dewi menunjuk ke atas kepala Shah.
“Kecohlah kau ni.” rungut Shah.
“Hah? Apa Abang Shah cakap?”
“Tak ada apalah. Nah! Pergi letak atas meja sana. Jangan sampai pecah. Kalau pecah, aku patahkan anak patung dekat tangan kau tu.” tangan menghulur cermin mata yang tertenggek atas kepalanya tadi.
Dewi senyum meleret bila cermin mata kepunyaan Shah sudah berada ditangannya. Lawa. Bolehlag dia pinjam nak pakai sekejap.
“Jom Dewi tunjukkan dekat mana nak mandi. Mesti Abang Shah suka.” tangan menggamit-gamit minta diikut jejak langkahnya.
Juling mata Shah mendengar arahan begitu. Kenapalah dia nak kena dengar cakap budak terencat akal ni? Tak boleh ke buat hal sendiri jangan sibuk hal dia. Tahulah dia nak cari sendiri. Tapi bila mengenangkan badan sendiri dah terlalu melekit tak selesa, Shah ikut saja kemana tunjuk arah si budak perempuan bernama Dewi ni. Dewi konon. Huh ! Nama tak sepadan dengan orangnya.
“Haa…dekat sini. Kalau Abang Shah nak mandi, Abang Shah kena nyanyi satu lagu dulu tau. Nanti baru air dalam perigi tu senang nak ceduk. Nenek Dewi kata lagi, kalau air tu sejuk, Abang Shah kena pandang langit dekat atas sana dan cakap terima kasih dengan Allah. Sebab Allah dah bagi kita air untuk mandi.”
Shah mengeluh. Hidungnya sempat digosok-gosok menunggu gadis itu habis bercakap. Leceh betullah menghadap perempuan ni. Tapi bila bahunya ditepuk perlahan, cepat dia berpaling.
reaksinya kembali biasa.
“Jangan risau Shah. Air dekat kampung sejuknya sekejap aje. Lepas tu nanti mesti kau biasa.” senyum Amir memberitahu.
Reaksi Shah kembali biasa. Senyum Amir buat Shah teragak-agak untuk membalas. Melihat sepupu temannya itu masih lagi tersengih-sengih memandangnya tidak berkelip, dia jadi makin tidak selesa.
Hai, kenapalah dia kena hadap semua ni. Tak boleh ke si Amir ni cari rumah lain nak bercuti. Rimas!
“Nanti barang dalam bonet tu aku ambil. Mandilah dulu. Aku naik atas hantar barang-barang ni. Jom Dewi tolong abang.” plastik ditangan, Amir hala depan Dewi.
Melonjak suka Dewi saat mencapai plastik ditangan lelaki itu. Siap bertepuk tangan lagi.
“Yeah-yeah Dewi dapat buah. Sedapnya…!”
“Eh, nanti! Basuh dulu sebelum nak makan.” laju buah ditangan Dewi diambil semula. Melihat paip air tepi tangga rumah, Amir basuh buah epal tadi.
“Nah! Makan elok-elok ye.” epal tadi dihulur semula pada Dewi. Menyengih lebar gadis itu mencapai.
“Terima kasih, abang.” kaki terus berlari mendaki anak tangga rumah.
Tersenyum-senyum Amir menggeleng saat kaki ikut mendaki anak tangga.
Sebaliknya Shah mencebik sendiri. Terkinja-kinja macam monyet. Macam tak pernanh jumpa buah. Meluat dia tengok Amir melayan perangai budak tiga suku macam tu. Kalau dia, jangan haraplah.

***bersambung













No comments:

Post a Comment