Follewers

Dec 9, 2023

BEBAS DARI DUSTAMU - Epiloq I, II

Epilog I


"KITA bertunang dulu ya?"

Aku pandang wajah ayah dan mak.

“Saya ni bukan apa. Dalam zaman sekarang ni eloklah kita permudahkan urusan kenduri-kendara ni. Pilih satu tarikh dan kita buat kenduri sekali. Kalau bertunang hari lain, nikahnya hari lain, ambil masa dan kos juga. Tak begitu Hakim?”

Pertanyaan ayah beralih pada bakal suami ku.

“Saya ikut mana yang sesuai aje pak cik. Cuma…”

Mata Hakim sempat mengerling wajah emaknya yang sedang tersenyum.

“.…kalau boleh saya nak buat majlis tu biarlah nampak meriah sikit. Sebab kami ni saudara ramai. Jadi dapat dia orang berkumpul waktu majlis nikah tu nanti.”

Ayah berbisik beberapa saat dengan pak long dan mak. Begitu juga dengan beberapa ibu saudaraku yang lain juga turut diberitahu hal yang sama. Masing-masing kelihatan mengangguk.

“Hantarannya berapa?”

Kali ini ayah memandangku. Dari perbincangan tempoh hari kami bersetuju untuk meletakkan jumlah hantaran mengikut kemampuan bakal suamiku Hakim. Kata mak dan ayah tidak perlulah terlalu tinggi. Cukuplah dia ikhlas terima aku sebagai isteri dan wanita yang boleh mambahagiakannya.

“Tujuh ribu serba satu. Sesuai dengan kemampuan Hakim.”

“Tujuh ribu aje?”

Wajah mak Hakim kelihatan sedikit terkejut. Sempat dia berbisik dengan beberapa ahli keluarga yang lain.  

“Saya letak sepuluh ribu serba satu. Kita sekalikan dengan duit kenduri kahwin tu nanti. Tapi ini sebelah perempuanlah. Sebelah lelaki lain pula ya.”

Aku nampak Hakim merenung maknya. Tangan itu sempat mencuit. Ada beberapa isyarat yang susah aku nak agak.

“Tak berat ke hantaran sepuluh ribu tu? Saya tak naklah Hakim sampai buat personal loan untuk buat majlis kahwin ni. Eloklah ikut saja berapa yang saya letak tadi.”

“Jangan. Zaman sekarang ni mana hantaran bawah sepuluh ribu. Barang-barang nak buat kenduri aje dah tentu cecah tujuh ke lapan ribu. Itu belum termasuk sewa khemah, pentas bersanding dia orang, jurugambar, semua tu saya dah kira. Kalau setakat tujuh ribu aje apa boleh dapat. Satu lagi kita kenalah buat yang meriah untuk anak sendiri. Tambah pula si Fiya berkeluluisan ijazah mestilah bersesuaian dengan dia. Anak saya seorang aje bujang yang belum nikah. Adik-adiknya semua sudah.”

Mak dan ayah hanya tersenyum tanda setuju akan apa yang dikatakan oleh mak Hakim. Manakala aku sebagai anak hanya menurut apa yang ditentukan oleh kedua orang tuaku. 


                                             Epilog II

"ANAK kau tu nak nikah dengan orang Negeri Sembilan. Dengar kata orang Negeri Sembilan ni berat sebelah kalau bab harta ni. Dengarnya bila dah kahwin harta lelaki semua jadi milik perempuan. Tinggal sehelai sepingganglah si Hakim tu nanti. Satu lagi, majlis nikah tu nanti tak payahlah nak gabung sama-sama dengan majlis tunang adik si Fiya tu. Tak elok buat sekali. Ikut adat kita nanti jadi petanda tak baik. Sama ada jodoh tak panjang atau berpisah mati.

“Batallah buat majlis tunang tu sekali. Tak ingat pula yang Hakim nak nikah dengan orang Negeri Sembilan. Saya bukan apa, tak naklah nanti bila anak kita dah kahwin soal pembahagian harta pihak perempuan berat sebelah. Katanya kalau lelaki yang nikah dengan perempuan Negeri Sembilan ni, hartanya semua pindah kat perempuan. Yang lelaki tinggal sehelai sepinggang aje. Saya tak naklah begitu. Hakim ni dahlah satu-satunya anak lelaki saya. Kalau hidup dia susah, siapa pula nak sara dia nanti.”

Ayah aku senyum dengan muka tenang.

“Akak dah salah faham tu. Harta benda milik suami takkan berpindah milik kepada isteri tak tentu pasal. Lelaki yang sebenarnya beruntung bila berkahwin dengan perempuan Negeri Sembilan ni. Dia dapat tumpang kemewahan harta si isteri yang diwariskan dari turun temurun. Bukannya ambil hak milik orang lain, tapi harta yang diwarisi turun temurun daripada ibunya khas untuk anak perempuan.

“Yelah tu. Jangan esok-esok cakap lain pula. Satu lagi, majlis nikah dengan sanding buat sekali aje. Tak payah ada majlis lain. Saya bajet untuk majlis nikah Hakim aje. Tak ada fikir nak sama dengan tunang adik si Fiya ni. Buatkan dia hari lain ya. Sebab adat sebelah saya tak elok buat sekali. Nanti jodoh tak panjang sama ada bercerai atau pun berpisah mati.

Berubah air muka mak aku.

“Kenapa ya? Bukan ke akak sendiri yang beria nak sekalikan majlis tu.”

“Batal jelah. Buat lain kali ya.”

Astaghfirullah al-Azim. Beristifar aku dalam hati. Setelah dua tahun bernikah dengan Hakim barulah ayah dan mak buka mulut ceritakan hal sebenar. Atas alasan tidak mahu aku terasa hati dan berdebat dengan Hakim demi keharmonian rumah tangga kami.

 

Versi e-book di Platform

Versi buku fizikal  READY STOCK

 Shopee : https://shope.ee/30GGq7twvJ

Blogspot : https://sweetauthor.blogspot.com/